Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rizwadi: Walau guna logo PAS, saya tetap milik PN

PRK NENGGIRI | Mohd Rizwadi Ismail menjelaskan dia mewakili PN meskipun bertanding menggunakan logo PAS pada PRK Nenggiri.

Bekas timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang yang baru menyertai Bersatu itu berkata, dia akan bersama PN dan bekerja untuk gabungan itu.

"Saya bekerja kepada PN...saya tetap dengan PN, dalam gabungan ini ada oranisasinya," katanya dalam sidang media di Gua Musang petang ini.

Turut bersama sidang media adalah Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ditanya mengenai fokusnya pada kempen pilihan raya kali ini, Rizwadi berkata ia sudah pasti membabitkan kebajikan rakyat di DUN Nenggiri.

"Tentu fokus kepada kebajikan dun Nenggiri. Semua melibatkan kebajikan dan kemasyarakatan," katanya.

Dalam PRN tahun lalu, kerusi itu diperuntukkan kepada Bersatu.

Bagaimanapun, terdapat desakan dari dalam PAS agar parti itu meletakkan calon dalam PRK kali ini, antaranya bagi mengelakkan kesilapan lalu - merujuk kepada tindakan penyandang dari Bersatu, Mohd Azizi Abu Naim yang berpaling tadah.

Dua hari sebelum pengumuman calon, Rizwadi bertindak menyertai Bersatu bagi membolehkannya bertanding mewakili PN.

Mohd Azmawi Fikri (baju Melayu biru)

Dia bakal dicabar Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili BN.

Sementara itu, Tuan Ibrahim menafikan dakwaan banyak tanah pembalakan dicagar kepada syarikat dari China di bawah pentadbiran PN.

Katanya, khabar angin tidak boleh dijadikan asas kepada sesebuah tuduhan.

"Saya nak jelaskan bahawa kenyataan pajakan kepada pihak asing adalah tak betul. Melainkan mereka bawa data, khabar angin tak boleh jadi asas (dakwaan).

"Ini dakwaan serius sebab dari segi penebangan balak, Kelantan mematuhi hak penebangan yang dibenarkan oleh kerajaan dan kalau lihat laporan pembalakan di semua negeri, Kelantan antara yang mematuhi hak penebangan yang dibenarkan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS