Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bersih undang Fahmi ke forum awam bincang lesen media sosial
Diterbitkan:  Aug 2, 2024 1:54 PM
Dikemaskini: 7:08 AM

Kumpulan reformasi pilihan raya Bersih mengundang Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ke forum awam untuk membincangkan pelesenan platform media sosial dan perkhidmatan pemesejan internet.

Jawatankuasa pemandu Bersih juga melahirkan kekecewaan dengan Fahmi kerana memburukkan mereka yang tidak hadir pada sesi dialog yang dianjurkan oleh menteri itu berhubung isu berkenaan.

“Untuk rekod, Bersih adalah gabungan 70 NGO.

“Ketika pimpinan Bersih sedang mengadakan solidariti bersama keluarga Teoh Beng Hock pada hari mesyuarat, rakan ahli kami seperti Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) hadir dan memberikan input dan cadangan yang meluas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini .

Ia menambah bahawa CIJ telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mempertimbangkan beberapa perkara semasa sesi dialog itu.

Antaranya, model alternatif untuk mengawal selia isu seperti penipuan dalam talian dan buli siber.

CIJ juga mencadangkan perbincangan yang lebih mendalam dengan organisasi masyarakat sivil, terutamanya dalam merangka Tatakelakuan Media Sosial.

Semalam, Fahmi memberitahu sidang media di kementeriannya, di Putrajaya bahawa 79 pertubuhan  telah dijemput untuk sesi perbincangan itu tetapi hanya 27 yang hadir.

Selain CIJ, mereka yang hadiri itu  termasuk Majlis Peguam, Artikel 19, Suara Rakyat Malaysia, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia.

Muda dan Gerakan Media Merdeka antara yang tidak hadir.

MCMC memperkenalkan rangka kerja kawal selia baharu untuk media sosial dan penyedia perkhidmatan pemesejan internet, yang mereka mesti mendaftar untuk lesen Pembekal Perkhidmatan Aplikasi kelas sebelum 31 Dis.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS