Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shamsul Anuar wakili Malaysia ke pengebumian Haniyeh

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Doha, Qatar bagi menghadiri upacara pengebumian Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh pada Jumaat.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, Shamsul Anuar akan diiringi oleh Senator Datuk Seri Mujahid Yusof dan pegawai-pegawai dari Kementerian Dalam Negeri.

Timbalan Menteri dan delegasinya akan menyertai solat jenazah di Masjid Imam Muhammad ibn Abd al-Wahhab di Doha selepas solat Jumaat.

Haniyeh akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Imam Penubuh di bandar Lusail.

Menurut kenyataan itu Malaysia menyatakan solidariti terhadap keluarga, kepimpinan, dan rakyat Palestin.

"Penderitaan dan pengorbanan rakyat Palestin yang tidak berbelah bahagi adalah epitome kehidupan Almarhum Ismail Haniyeh yang telah mengorbankan kehidupan keluarga, dan jiwanya dalam perjuangan menuntut kebebasan, keamanan dan keadilan ke arah usaha merealisasikan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka," menurut kenyataan itu.

Media Iran melaporkan bahawa Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di utara Tehran, pada kira-kira pukul dua pagi waktu tempatan, 31 Julai lepas.

Haniyeh berada di Tehran untuk majlis pelantikan Presiden yang baharu Iran Masoud Pezeshkian.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS