Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pembunuhan Ismail: Dunia gagal tegakkan keadilan, kata Anwar
Diterbitkan:  Jul 31, 2024 5:47 PM
Dikemaskini: 10:17 AM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghubungi pemimpin Hamas bagi menyampaikan takziah atas pembunuhan pemimpin kumpulan bersenjata Palestin Ismail Haniyeh di Iran, hari ini.

Dalam perbualan kira-kira lima minit itu, Anwar memberitahu anggota biro politik Hamas Basem Naim bahawa seluruh menteri Malaysia terkejut dengan pemergian Ismail.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menyatakan perkara ini, tetapi kami berada dalam mesyuarat Kabinet (ketika terima berita kematian Ismail ).

“ dan seluruh ahli Kabinet terkejut dengan kegilaan rejim Zionis Israel yang bertindak menyerang di kediaman, menyiksa mereka, dan menganggap perang dan keganasan ini boleh berakhir dengan cara sedemikian. 

Video perbualan telefon itu dikongsi di media sosial Anwar petang ini.

Ismail Haniyeh

Semenara itu, Anwar juga berkata Malaysia sangat marah kerana masyarakat antarabangsa telah gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak.

Anwar juga berkata Ismail memperjuangkan perjanjian damai bagi mengembalikan hak rakyat Palestin. 

“Jelas ada unsur sabotaj. Mereka tidak mahu perjanjian damai ini berjaya,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS