Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Banci 2023: Gaji purata di KL dua kali ganda daripada di Kelantan

Banci Ekonomi 2023 mendapati purata gaji di Kuala Lumpur (RM4,193) adalah dua kali ganda berbanding di Kelantan (RM2,070),

Menurut laporan itu, wilayah dengan purata pendapatan tertinggi ialah di KL, dan dikuti dengan Selangor (RM3,544) serta Pulau Pinang (RM3,496).

Ia disusuli Labuan (RM3,491), Melaka (RM3,115), Sarawak (RM3,077), Negeri Sembilan (RM3,025), Putrajaya (RM2,994), Johor (RM2,987), Terengganu (RM2 ,793), Kedah (RM2,721), Perak (RM2,679), Pahang (RM2,628), Sabah (RM2,381), Perlis (RM2,253), dan Kelantan.

Ini meletakkan purata gaji negara pada RM3,332.

Laporan itu seterusnya menyenaraikan tiga negeri dengan pendapatan tertinggi tersebut dengan sektor-sektor yang menawarkan gaji tertinggi.

Di KL, ini adalah sektor telekomunikasi (RM9,457), pengaturcaraan dan penyiaran (RM8,629) dan pengantara kewangan (RM6,946).

Di Selangor industri yang menawarkan gaji tertinggi ialah telekomunikasi (RM7,580), perkhidmatan maklumat (RM7,186) dan pengaturcaraan komputer (RM7,112).

Manakala di Pulau Pinang ia adalah produk elektrik, elektronik dan optik (RM4,790), petroleum, kimia, plastik dan produk getah (RM 3,828), dan produk galian bukan logam (RM3,571).

Bagi purata pendapatan isi rumah, Putrajaya mencatatkan pendapatan tertinggi (RM13,473), diikuti KL (RM13,325) dan Selangor (RM12,233).

Ini diikuti Johor (RM8,517), Pulau Pinang (RM8,267), Labuan (RM8,250), Melaka (RM8,057), Terengganu (RM7,248), Negeri Sembilan (RM6,788), Sarawak (RM6 ,457), Sabah (RM6,171), Perak (RM5,779), Pahang (RM5,777), Perlis (RM5,664), Kedah (RM5,550), dan Kelantan (RM4,885).

Purata pendapatan isi rumah negara ialah RM8,479.

Sementara itu, Ketua Perangkaan Mohd Uzir Mahidin berkata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan mengeluarkan data mengenai demografi perniagaan tidak lama lagi.

“Kita telah membangunkan statistical business register. 

“Bila sesuatu pihak ingin buat kajian, mereka instead of pergi SSM dia akan bergantung pada rangka senarai di DOSM sebab di DOSM sentiasa dikemaskini.

“Ada juga keluarkan berapa syarikat wujud, berapa yang telah ditutup. Ini menjadi indikator kepada ekonomi,”  katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini selepas melancarkan penemuan banci itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS