Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lim ingatkan Fadhlina bukan 'menteri pendidikan PAS'
Diterbitkan:  Jul 26, 2024 5:27 PM
Dikemaskini: Jul 27, 2024 5:29 AM

Pengerusi DAP Lim Guan Eng mengingatkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek supaya tidak berpendirian seiring dengan PAS dan Pemuda Umno dalam isu kutipan dana pendidikan Cina dan menegaskan dia bukan "menteri pendidikan PAS."

“Komen Fadhlina sebelum ini mengenai acara kutipan dana pendidikan Cina agak keras. Saya harap dia akan mempertimbangkan semula pendiriannya itu.

"Beliau bukan menteri pendidikan PAS; beliau mewakili Pakatan Harapan, kerajaan perpaduan dan seluruh negara," kata Lim, yang juga Adun Air Putih pada sidang media di pusat khidmatnya hari ini.

Menurut Nanyang Siang Pau, Lim turut menyoal Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh mengapa dia mencampuri isu yang tidak ada kena-mengena dengan masyarakat Melayu dan Islam, kerana ia melibatkan masyarakat Cina.

Kata Lim, DAP mempunyai pendirian yang jelas dalam perkara bahawa usaha mengumpul dana untuk pendidikan Cina tidak boleh diganggu gugat. Pendirian ini jelasnya telah dibangkitkan dalam kabinet dan jemaah menteri sedang menunggu maklum balas daripada Kementerian Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini berkata kerajaan mengekalkan garis panduan sedia ada untuk kutipan dana sekolah yang termasuk larangan sebarang pameran dan promosi minuman beralkohol di premis sekolah.

Bagaimanapun kerajaan juga bersetuju untuk mempertimbangkan membenarkan sekolah vernakular terus menerima sumbangan melalui lembaga pentadbiran sekolah, seperti yang diamalkan sebelum ini.

“Bagaimanapun, kabinet menegaskan bahawa penganjuran sebarang aktiviti melibatkan mana-mana jenama minuman beralkohol tidak boleh melibatkan mana-mana pelajar Islam,” kata kementerian itu.


BACA BERKAITAN:

Ada apa dengan sekolah Cina?

PANDUANKINI | Bagaimana konsert bantu sekolah Cina kumpul wang


Lim menjelaskan sejak 1994, Tiger Beer telah mengumpul RM413 juta melalui persembahan amal untuk pendidikan Cina manakala Carlsberg telah mengumpulkan RM568 juta sejak 1987, memberi manfaat kepada 684 sekolah Cina. Jumlah keseluruhan yang diperoleh ialah RM981 juta, hampir RM1 bilion.

“Jika bukan kerana usaha mengumpul dana ini, adakah sekolah rendah Cina akan menjadi seperti hari ini,” soal bekas ketua menteri Pulau Pinang.

Lim juga bertanya adakah PAS dan Pemuda Umno bersedia untuk menampung kekurangan dana sekiranya kaedah mengumpul dana melalui persembahan amal untuk sekolah rendah Cina dihentikan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh membidas Lim dengan mengingatkan bahawa Islam agama persekutuan dan majoriti rakyat Malaysia ialah kaum Melayu dan beragama Islam.

"Polisi yang diwujudkan adalah untuk menjaga sensitiviti agama dan bangsa di negara ini.

"YB Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bercakap atas kapasiti sebagai menteri yang menjaga undang-undang yang telah ditetapkan dan juga sebagai seorang menteri Melayu Islam.

"Nasihat saya kepada kamu, tolong jangan kurang ajar," katanya

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS