Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Ini takkan berulang' - Hasbie mohon maaf parkir di laluan pejalan kaki
Diterbitkan:  Jul 25, 2024 11:00 AM
Dikemaskini: 3:27 AM

Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda memohon maaf kerana meletakkan kenderaannya di laluan pejalan kaki, selepas perkara itu tular di media sosial.

“Sebagai pemilik kenderaan tersebut, saya dengan penuh rasa kesal memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengambil tanggungjawab penuh,” katanya menerusi hantaran di platform X.

"Saya amat menyesali kesulitan yang timbul dan bersedia dikenakan kompaun atas kesalahan tersebut.

“Saya berjanji kejadian ini tidak akan berulang lagi,” katanya.

Hasbie yang juga senator menjawab hantaran pengguna X yang menunjukkan Proton X90 yang mengandungi lambang Parlimen Malaysia, diletakkan di laluan pejalan kaki di pusat bandar.

Netizen itu bertanya mengapa seorang ahli parlimen yang bergaji lumayan, termasuk elaun parkir tidak meletak kenderaan di tempat parkir berbayar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS