Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tune Protect: Buat tuntutan kelewatan penerbangan sewajarnya

Tune Protect Group Bhd, penyedia insurans perjalanan eksklusif AirAsia, memberi sokongan kepada penumpang yang terjejas ekoran gangguan teknologi maklumat (IT) global baru-baru ini.

Syarikat itu menjelaskan pihaknya ingin memastikan penumpang AirAsia yang telah membeli Insurans Perjalanan AirAsia atau Insurans AirAsia MOVE menerima bantuan yang mereka perlukan dalam tempoh mencabar ini.

“Syarikat memahami kesulitan dan kekecewaan yang timbul akibat gangguan itu.

“Penumpang AirAsia yang telah membeli Insurans Perjalanan AirAsia atau Insurans AirAsia MOVE yang terjejas ekoran kelewatan penerbangan semasa tempoh ini digalakkan untuk menyemak semula polisi perlindungan mereka dan mengemukakan tuntutan kelewatan penerbangan sewajarnya,” menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.

Tune Protect memaklumkan tuntutan kelewatan penerbangan itu bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan.

“Sebagai rakan kongsi insurans eksklusif AirAsia, Tune Protect memberikan komitmen untuk membantu penumpang mereka pada masa-masa memerlukan,” tambahnya.

Layari https://www.tuneprotect.com/airasia/en/home/ atau hubungi 03-2056 6200 untuk maklumat lanjut mengenai tuntutan atau untuk mendapatkan khidmat pelanggan Tune Protect.

Pada Jumaat lepas, institusi utama, termasuk syarikat penerbangan, bank, saluran media dan hospital di beberapa negara, dilaporkan terjejas berikutan gangguan IT global yang dikaitkan dengan CrowdStrike.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS