Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Istiadat pertabalan: PM Anwar, Lee Hsien Loong tiba di Istana Negara

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim hari ini.

Beliau tiba bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Anjung Utama Istana Negara pada 8.45 pagi.

Turut hadir Menteri Kanan Singapura yang juga bekas Perdana Menteri negara itu Lee Hsien Loong dan isteri Ho Ching.

Pada Khamis, Pejabat Perdana Menteri Singapura dalam satu kenyataan memaklumkan Lee antara kumpulan pemimpin asing terpilih yang diundang oleh Sultan Ibrahim untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda.

Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis serta Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri Datin Seri Ruziah Mohd Tahir turut hadir bersama kira-kira 700 tetamu yang lain.

Ketibaan tetamu kehormat itu disambut Menteri Komunikasi yang juga Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong Fahmi Fadzil dan isteri Azrina Puteri Mohamed Mahyuddin.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS