Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zahid: Lebih banyak syarikat bukan bumiputera mempunyai sijil halal

PARLIMEN l Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan lebih banyak syarikat bukan bumiputera mempunyai pensijilan halal berbanding syarikat bumiputera.

Dia memaklumkan Dewan Rakyat hari ini bahawa hanya 3,619 syarikat bumiputera atau 39.6 peratus daripada jumlah itu disahkan mempunyai persijilan halal berbanding 5,720 syarikat bukan bumiputera yang mempunyai pensijilan berkenaan.

“Dalam usaha meningkatkan penglibatan syarikat bumiputera dalam industri halal, Pelan Induk Industri Halal atau HIMP2030 telah menggariskan satu teras strategi yang memfokuskan kepada galakan peningkatan daya saing syarikat bumiputera.

“Halal Development Corp atau HDC telah menjalankan pelbagai usaha antaranya program-program pembangunan melibatkan syarikat tempatan.

“Melalui platform tersebut, syarikat bumiputera akan diberi peluang untuk menceburi sektor halal yang berpotensi tinggi bagi memperkukuh rangkaian bekalan serta mengadaptasi teknologi digital dan pengkomersialan produk-produk inovasi,” kata Zahid, yang juga adalah pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal.

Dia berkata, sehingga Julai tahun ini, 9,146 syarikat telah menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

"Daripada jumlah itu, 8,105 adalah perusahaan kecil dan sederhana," katanya.

Selain itu, menurutnya, tumpuan syarikat halal tempatan mesti beralih daripada industri makanan dan minuman agar industri halal tempatan dapat diangkat ke peringkat antarabangsa.

Ini termasuk menceburi industri seperti vaksin halal dan ramuan untuk produk halal seperti kosmetik, tambahnya.

Meskipun mengakui memang ada usaha dilakukan ke arah itu, namun, katanya, ia hanya secara kecil-kecilan.

“Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia sedang mengkordinasikan dengan pihak negeri dan agensi-agensi lain supaya tanah terbiar dan tanah-tanah yang kurang digunakan dapat ditanam dan mengeluarkan ramuan-ramuan yang diperlukan bagi keperluan produk-produk halal di peringkat antarabangsa,” katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS