Paling Popular
Terkini

Perhimpunan anti-kerajaan yang dinamakan "Selamatkan Malaysia 2.0" akan diadakan di tiga lokasi.

Ia akan bermula di kawasan Parlimen Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Tambun pada 27 Julai, dan dilanjutkan di Permatang Pauh pada 31 Ogos dan kemudiannya berakhir pada 16 September di ibu negara.

Pengerusi Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tarikh penting berkenaan dipilih untuk melambangkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan.

Tanggal 31 Ogos adalah Hari Kemerdekaan Malaysia dan 16 September pula adalah Hari Malaysia.

”Sejak Himpunan Selamatkan Malaysia 1.0 pada 16 September 2023 sehingga hari ini, kehidupan rakyat tidak bertambah baik, malah bertambah teruk.

“Rakyat dibebani dengan kenaikan harga barang yang melampau dan kos sara hidup yang melambung tinggi,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Tun Faisal berkata terdapat tiga tema utama bermula dengan himpunan "Mahkamah Rakyat untuk Menghukum Anwar" di Tambun, himpunan "Menarik Semangat Reformasi daripada Anwar" di Permatang Pauh dan terakhir "Himpunan 100,000 Selamatkan Malaysia " di Kuala Lumpur.

Tun Faisal, bekas pemimpin Umno yang dipecat itu berkata, sepanjang 18 bulan pentadbiranya, Anwar dan kerajaan telah gagal menangani pelbagai isu rakyat.

Ini termasuk meringankan bebanan hidup rakyat, kewangan dan ekonomi negara, kebebasan media dan hak bersuara rakyat, kata aktivis Bersatu itu.

“Rakyat tiada pilihan melainkan menyuarakan sekeras-keras bantahan terhadap perdana menteri dan kerajaan campuran Pakatan Harapan demi menyelamatkan negara Malaysia yang kita sayangi ini,” katanya.

Tun Faisal berkata dia menjangkakan sekurang-kurangnya 3,000 orang akan menghadiri perhimpunan pertama di Tambun.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS