Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘6,000 saja miskin tegar di Sabah? Ini penghinaan buat orang miskin’
Diterbitkan:  Jul 17, 2024 12:45 PM
Dikemaskini: 8:18 AM

Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengundang Menteri Ekonomi  Rafizi Ramli turun padang ke kawasan parlimen bagi melihat “kemiskinan sebenar”.

Kinabatangan, katanya, salah satu daripada dua kawasan termiskin di negeri itu selain Tongod.

“Jalan raya tidak ada. Elektrik tidak ada. Air tidak ada.

“Jadi saya tidak tahu di Sabah cuma 6,000 (miskin tegar). Saya rasa itu penghinaan kepada orang-orang miskin di Sabah,” katanya.

Rafizi semasa sesi soal jawab di parlimen berkata terdapat 6,937 miskin tegar di Sabah, berdasarkan tinjauan pada 2022.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS