Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM tahan COO syarikat konsesi lebuh raya disyaki terima rasuah RM300k

Seorang ketua pegawai operasi (COO) syarikat konsesi lebuh raya ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.

Menurut sumber, lelaki berusia sekitar 50-an itu ditahan kira-kira jam lapan malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati suspek telah menerima rasuah berjumlah melebihi RM300,000 daripada pemilik-pemilik syarikat bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM6 bilion,” kata sumber.

Lelaki berkenaan kini direman selama empat hari sehingga Jumaat depan setelah majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS