Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis tahan pelancong Maghribi disyaki cabul pekerja spa
Diterbitkan:  Jul 16, 2024 4:10 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian, Terengganu semalam.

Ketua Polis Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata pemuda berusia 20-an itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 19 tahun itu, semalam.

“Wanita yang bekerja sebagai juruterapi di sebuah spa di pulau berkenaan mendakwa dicabul semasa memberi perkhidmatan urutan kepada suspek.

“Sehubungan itu, pihak polis memberkas suspek di sekitar Jeti Pelancongan Kuala Besut 7.30 malam tadi. Hasil ujian urin mendapati suspek negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS