Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wanita hilang ditemukan mati, dipercayai dibunuh
Diterbitkan:  Jul 15, 2024 10:23 PM
Dikemaskini: 2:26 PM

Wanita yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati.

Media melaporkan jasad Nur Farah Kartini ditemukan kira-kira 6 petang dan dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Harian Metro memetik Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan sebagai mengesahkan mayat wanita tersebut ditemukan di kawasan Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu.

"Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya seperti dilapor.

Polis sebelum ini menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini pada 10 Julai lalu.

Nur Farah Kartini dikatakan menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Taman Universiti, di Tanjung Malim, Perak dan kali terakhir dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS