Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu Kg Sungai Baru: Madani jangan zalim macam k'jaan dulu - Khalid

Bekas menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad menggesa kerajaan supaya tidak mengulangi kesilapan pentadbiran terdahulu kerana tidak menjadi perantara yang sewajarnya antara pemilik tanah dan pemaju dalam projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru.

Katanya, memandangkan kerajaan telah menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan pemilik tanah mendapat pampasan yang setimpal.

"Awak mesti faham pada saat kerajaan terlibat, ini tanggungjawab kamu. Awak bertanggungkawab...

"Harap benda ini sampai ke menteri wilayah. Tolonglah, kita nak selamatkan kerajaan Madani daripada melakukan satu kesalahan dan kezaliman terhadap pemilik-pemilik di sini," katanya pada sidang media di balai raya Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur.

Khalid menjawab kenyataan Zaliha di parlimen apabila dia berkata projek pembangunan akan diteruskan memandangkan majoriti penduduk Kampung Sungai Baru telah bersetuju dengan terma dan pampasan yang akan disediakan oleh pemaju.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS