Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PARLIMEN l Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa pangkalan data Budi Madani untuk rasionalisasi subsidi diesel dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman dan tidak melibatkan sebarang kos tambahan kepada negara.

Justeru, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying (Pakatan Harapan-Tanjong) berkata isu sama ada Putrajaya menggunakan pendekatan tender terbuka dalam membangunkan pangkalan data itu tidak timbul.

“Untuk maklumat YB, portal Budi Madani dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman daripada kalangan pegawai kerajaan tanpa menggunakan khidmat perunding luar.

“Oleh itu isu tender terbuka atau tidak, tidak wujud memandangkan menggunakan infrastruktur sedia ada,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pagi ini.

Lim menjawab soalan yang dikemukakan oleh Suhaimi Nasir (BN-Libaran), yang mahu kerajaan menjelaskan mengapa kerajaan tidak menggunakan Hab Pangkalan Data Pusat (Padu) sedia ada dalam melaksanakan subsidi disasarkan untuk diesel dan kos yang ditanggung Putrajaya untuk membangunkan pangkalan data Budi Madani.

Timbalan menteri itu mengulangi jawapan itu apabila Nurul Amin Hamid (Perikatan Nasional-Padang Terap) mengemukakan soalan sama kemudian, dengan berkata pangkalan data Padu menelan belanja kerajaan kira-kira RM85.27 juta.

“Tadi saya sudah sebut tentang Budi Madani, (pembangunannya) melibatkan sumber dalaman daripada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), kami ada pakar, jadi itu tidak libatkan apa-apa kos (lanjut),” kata 

Lim sambil menambah bahawa dia tidak dapat memberi jawapan mengenai Padu kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi.

Kerajaan telah memperkenalkan Budi Madani, atau nama penuhnya Program Bantuan Subsidi Budi Madani (Budi), sebagai platform kepada pemilik kenderaan diesel memohon subsidi diesel.

Tindakan itu mendapat kritikan kerana rakyat terpaksa mendaftarkan diri di pangkalan Padu lebih awal untuk mendapat subsidi.

Menjawab perkara itu, Menteri Perhubungan Fahmi Fadzil berkata kemudahan pendaftaran Budi Madani itu bertujuan untuk melengkapkan Padu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS