Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
FBI: Thomas Matthew Crooks suspek penembak Trump
Diterbitkan:  Jul 14, 2024 3:14 PM
Dikemaskini: 7:14 AM

GLOBAL | Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengenal pasti Thomas Matthew Crooks, 20, sebagai suspek penembak yang cuba membunuh bekas Presiden Donald Trump semasa perhimpunan kempennya di Pennsylvania, lapor Sputnik.

"FBI telah mengenalpasti Thomas Matthew Crooks, 20, dari Bethel Park, Pennsylvania sebagai individu yang terlibat dalam cubaan membunuh bekas Presiden Donald Trump pada 13 Julai, di Butler, Pennsylvania.

"Ini kekal sebagai siasatan yang aktif dan berterusan," menurut FBI dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, FBI berkata mereka masih berusaha untuk mencari motif di sebalik cubaan pembunuhan itu.

Trump berkata peluru yang dilepaskan oleh penyerang menembusi bahagian atas telinga kanannya, tetapi beliau selamat.

- Bernama-Sputnik


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS