Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ku Li: Walau lutut terketar, lawan tetap lawan
Diterbitkan:  Jul 14, 2024 2:31 PM
Dikemaskini: 6:34 AM

Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bakal memikul tugas yang digalaskan ke bahunya sebagai pengarah pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

"Saya sebenarnya berhasrat menyampaikan ucapan akhir saya pada persidangan ini kerana barangkali sudah sampai masa merehatkan kerusi tempat saya duduk untuk diambil alih orang muda yang pintar dengan pemikiran lebih cocok memimpin generasi baru.

"Namun apakan daya, ada PRK dan saya diberi tugas menjadi Pengarah PRK Nenggiri.

"Walaupun lutut saya terketar-ketar, lawan tetap lawan," katanya, lapor BH Online.

Pemuda usul perkukuh kerjasama dengan PH

Razaleigh putera bangsawan yang dikenali dengan gelaran Ku Li itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Gua Musang di Balai Rakyat Bukit Cekati semalam.

Sementara itu, Razaleigh berkata PRK DUN Nenggiri merupakan misi untuk menebus kekalahan terutamanya di peringkat parlimen Gua Musang serta dua kerusi DUN, Nenggiri dan Paloh.

“Kita tebus DUN Nenggiri dan segala-galanya dalam PRU lepas. Itu hasrat kita menandakan perasaan yang didorong perjuangan yang mahu menebus kegagalan serta kedukaan kita lalui.

“Saya akan menyahut seruan parti untuk turun padang bersama jentera (Umno)," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Razaleigh memaklumkan Pemuda Umno Bahagian Gua Musang turut mengemukakan usul memperkukuhkan kerjasama BN dengan PH untuk dibawa ke persidangan agung parti akan datang.

"Usul ini bertujuan membincangkan mengenai hubungan dan kerjasama dengan pihak parti serta kompenannya dalam kerajaan sedia ada," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS