Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak lebih RM130 juta untuk warga peneroka Felda.
Anwar berkata, RM100 juta diperuntukkan bagi membantu mengurangkan beban warga peneroka susulan penyasaran subsidi diesel.
Kerajaan juga kata Anwar bersetuju untuk meluluskan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda bagi Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTI Madani).
"Runding baik-baik, saya wakil saudara, runding baik-baik.
“Kalau maki hamun tidak dapat (apa-apa) (kerana) lagi kuat kamu maki lagi menyampah saya nak layan.
"Saya tanya, berapa kos lebih kurang (subsidi diesel) dalam RM100 juta.
“Hari Jumaat Saya bagi tahu lulus RM100 juta bantuan subsidi diesel," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Peneroka Felda di Sedang, hari ini.
Sementara itu, Anwar berkata kerajaan turut meluluskan peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda bagi Program Sejahtera Komuniti Madani.
Melalui peruntukan itu, katanya setiap tanah rancangan akan menerima RM100,000 untuk melaksanakan satu projek ekonomi tambahan di kawasan mereka.
“Cadangkan satu projek ekonomi tambahan dan saya lulus setiap kampung RM100,000. Sekarang, (projek itu) sedang berjalan. Saya mahu semua (projek) diwakili melibatkan jawatankuasa masjid, surau, belia dan wanita,” katanya.