Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Saya faham betul peruntukan perlembagaan, yang tak faham ialah Anwar’
Diterbitkan:  Jul 11, 2024 2:01 PM
Dikemaskini: 6:11 AM

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mendakwa bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim, gagal memahami Perlembagaan Persekutuan dan bukan partinya.

Ia susulan bidasan Anwar yang mendakwa kepimpinan Bersatu memilih dan memetik hanya bahagian tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan semasa membuat ketetapan membantah keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul untuk tidak mengosongkan kerusi enam bekas ahli Parlimen parti itu.

“Anwar kata saya baca sebahagian saja daripada perlembagaan. Saya nak tanya Anwar bahagian mana yang saya tak baca tu?” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan mana-mana ahli Parlimen yang terhenti menjadi ahli partinya maka kerusinya di Dewan Rakyat hendaklah dikosongkan.

Dia berkata selaras dengan peruntukan ini, Bersatu telah membuat pindaan perlembagaan parti untuk memasukkan keadaan di mana wakil rakyatnya terhenti keahliannya serta merta apabila gagal mematuhi arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Dalam kes enam bekas ahli Parlimen Bersatu, mereka diberitahu untuk menarik balik sokongan mereka kepada Anwar tetapi enggan berbuat demikian. Justeru, keahlian mereka terhenti dan kerusi mereka perlu dikosongkan.

“Saya faham betul peruntukan perlembagaan ini. Yang tak faham ialah Anwar,” kata Muhyiddin.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS