Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar salahkan Bersatu 6 MP kekal kerusi masing-masing
Diterbitkan:  Jul 11, 2024 11:28 AM
Dikemaskini: 4:40 AM

Bersatu sendiri, kata Anwar Ibrahim, turut bertanggungjawab sehingga enam ahli parlimen yang sebelum ini menjadi ahli parti itu, kekal dengan kerusi masing-masing walaupun kini menyokong kerajaan.

Ditemui media di Kuala Lumpur hari ini, perdana menteri menjelaskan semasa akta antilompat parti digubal di parlimen dulu, wakil Bersatu sendiri menolak peruntukan mengenai seseorang yang dipecat parti akan kehilangan kerusi.

Menasihatkan Bersatu agar "membaca perlembagaan" Anwar berkata atas sebab itulah Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul memutuskan semua enam ahli parlimen Bersatu kekal sebagai wakil rakyat di kerusi masing-masing.

"Ia ditentang oleh Bersatu ketika (penggubalan akta antilompat parti) ketika itu.

"Sebab itu (ahli parlimen yang dipecat Bersatu) dikecualikan.

“Jadi kena baca perlembagaan," katanya selepas menghadiri Forum Global Madani di Kuala Lumpur hari ini.

Anwar juga mendakwa Bersatu memilih dan memetik hanya bahagian tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan semasa membuat ketetapan membantah keputusan Johari semalam.

Menurut Anwar keputusan dibuat Johari sudah mengambil kira semua aspek Perlembagaan Persekutuan.

Semasa menolak cubaan Bersatu mengosongkan enam kerusi parlimen terbabit, Johari berhujah, peruntukan dalam perlembagaan parti itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan terkait hak ahli parlimen mempunyai kebebasan untuk bersuara, berdebat dan mengundi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS