Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Aminuddin nafi PKR Negeri Sembilan bergolak
Diterbitkan:  Jul 10, 2024 6:26 PM
Dikemaskini: 10:26 AM

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan berlaku pergolakan dalam PKR negeri itu seperti yang tular di aplikasi TikTok.

Aminuddin yang juga naib presiden PKR berkata kepimpinan parti berada dalam keadaan baik dan pihaknya tidak dimaklumkan berhubung rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

"Semua jawatankuasa kita baik, dalam mesyuarat MPN semua hadir cuma saya tak tahulah itu (dakwaan pergolakan) daripada kumpulan mana,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata demikian bagi mengulas video tular memaparkan gambarnya dengan dakwaan wujud ketidakpuasan hati dalam kalangan ahli terhadap kepimpinan negeri.

Beliau berkata video itu difahamkan adalah isu lama yang dimainkan semula.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS