Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Salah jalan: Syed Saddiq mohon maaf
Diterbitkan:  Jul 10, 2024 4:20 PM
Dikemaskini: 8:53 AM

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon maaf atas kesilapan yang berlaku dalam satu acara triatlon di Johor Bahru, Sabtu lepas.

Syed Saddiq berkata kesilapan itu berlaku ketika pusingan pertama untuk bahagian lumba basikal.

Katanya, dia telah menerima kemas kini lebih terperinci untuk prestasinya dalam bahagian lumba basikal, dan kesilapan ditemui apabila disemak silang dengan datanya sendiri.

“Data terbaru menunjukkan saya menghabiskan tiga pusingan dan semua checkpoint.

“Namun pusingan awal (yang dilaluinya) adalah untuk perlumbaan (kategori) Olimpik, bukannya (untuk) 113. Tiada masalah untuk pusingan kedua dan ketiga,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Dia pada mulanya mendapat tempat ketiga dalam acara 113 Triathlon Desaru 2024 yang diadakan pada 6 dan 7 Julai lalu.

Pertikaian muncul apabila dia mengongsikan gambarnya ketika menyertai acara itu - yang merangkumi larian 131km, renang 2.25km, basikal 90km dan larian 21.1km - dan menyuarakan rasa bangga apabila dapat menamatkannya dengan catatan masa lima jam dan 44 minit.

Seorang pengguna Instagram kemudian mendakwa bekas menteri itu melengkapkan perlumbaan basikal dengan hanya dua pusingan (60km) dan tidak melengkapkan keseluruhan tiga pusingan sejauh 90km.


Baca: Syed Saddiq tak tamatkan larian


Hari ini, Syed Saddiq berkata dia mengambil tanggungjawab penuh di atas kesilapan yang berlaku dan menerima baik kemas kini keputusan terbaru yang dikeluarkan pihak penganjur.

“Ini memang kesilapan (an honest mistake) saya. Walaupun selepas semak masalah ketika perlumbaan dan memaklumkannya kepada pasukan teknikal, saya selaku peserta patut jadi lebih bertanggungjawab.

“Saya memohon maaf kepada komuniti triatlon.

“Selepas berhubung dengan penganjur dan wakil teknikal, adalah yang terbaik jika status saya adalah DNF,” katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS