Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kanak-kanak lelaki maut lepas terjatuh ke dalam tasik

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor dekat Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang pada 8.55 malam tadi selepas dikejarkan ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan.

Beliau berkata pihaknya menerima aduan MERS 999 berhubung kejadian itu pada 6.04 petang dan siasatan awal mendapati mangsa tergelincir ke dalam tasik tersebut sebelum beberapa rakannya meminta bantuan orang awam di kawasan sekitar.

Menurut Ahmad Faizal tiga anggota polis tiba di lokasi kejadian pada 6.08 petang dan mangsa dikeluarkan dari tasik itu dengan bantuan orang awam pada 6.52 petang.

“Pada 7 malam, tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu sampai di lokasi dan telah memberikan pertolongan kecemasan kepada mangsa kerana ketika itu masih ada denyutan nadi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mangsa katanya dibawa ke Hospital Selayang untuk diberikan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS