Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lebih 9,000 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sejak 7 Okt

Jumlah rakyat Palestin yang ditahan sejak bermulanya serangan Israel di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lepas, telah meningkat kepada 9,520 orang, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin serta Persatuan Tahanan Palestin (PPS).

Kedua-dua organisasi itu dalam satu kenyataan bersama memaklumkan bahawa angka berkenaan termasuk mereka yang ditahan dari rumah melalui pos kawalan tentera, mereka yang terpaksa menyerah diri di bawah tekanan dan mereka yang ditahan sebagai tebusan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut kenyataan itu, tentera pendudukan Israel telah menahan sekurang-kurangnya 10 orang dari Tebing Barat, termasuk seorang wanita dari Tulkarm sejak Rabu.

- Bernama-Wafa


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS