Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bung Moktar dakwa syabu dijual macam pisang goreng di Sabah
Diterbitkan:  Jul 4, 2024 3:16 PM
Dikemaskini: 7:16 AM

PARLIMEN l Dadah jenis syabu dijual macam pisang goreng di Sabah dan boleh didapati dengan harga serendah RM30, dakwa Bung Moktar Radin (BN- Kinabatangan).

Katanya, situasi itu adalah sesuatu yang membimbangkan dan perlu ditangani dengan secara tuntas dan harian bagaimana dadah itu begitu mudah boleh diperolehi.

"Syabu ini dadah tegar. Di Kinabatangan ada, di Kota Kinabalu ada.

"Dadah jenis syabu ini, saya pernah katakan macam menjual pisang goreng. Di semua penjuru boleh dapat, RM30 boleh dapat, saya pun harian dari mana datangnya benda ini.

"Di mana Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kita, di pegawai pencegah anti dadah di pihak polis Kita, jadi yang berhormat menteri kena fikirlah.

“Kalau kita masih kekalkan dadah ini sebagai musuh utama negara, maka perlu kita banteras secara besar-besaran.

"Ini bagus sebetulnya, saya paling setuju ini (pindaan akta), sebab tidak ada negara memenjarakan penagih dadah, kita saja,” katanya ketika berbahas di Dewan Rakyat.

Bung Moktar membahaskan pindaan Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 secara sistematik dan menyeluruh.

Bagaimanapun kata Bung Moktar proses pemulihan penagih perlu ada iltizam oleh pihak pelaksana untuk menjalankan tugs dengan amanah.

Tambahnya, Malaysia perlu mencotohi Filipina dalam usaha menghapuskan pengadaran dan penagihan dadah di negeri itu.

"Kita mahu macam Filipina bagaimana negara itu bebas daripada dadah secara total.

"Ini yang perlu dilihamkan oleh kerajaan supaya demi masa depan anak-anak kita,” katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS