Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu Bestinet: Datuk Amin tak dipanggil beri keterangan
Diterbitkan:  Jul 3, 2024 1:33 PM
Dikemaskini: 5:44 AM

Presiden Bestinet Aminul Islam Abdul tidak dipanggil memberikan keterangan dalam prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan audit berkaitan perjanjian penggunaan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS).

Aminul Islam, yang lebih dikenali sebagai Datuk Amin, adalah pengasas Bestinet tetapi melepaskan pegangannya beberapa tahun lepas.

Menjawab soalan pemberita, Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin berkata mereka tidak memanggil Aminul kerana dia tidak lagi bersama syarikat itu.

Mas Ermieyati Samsudin

Pihak yang dipanggil ialah pegawai dari Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia.

PAC mengeluarkan laporan hari ini yang antaranya menyenaraikan ketua pegawai eksekutif Bestinet Ismail Mohd Noor sebagai antara yang dipersoal berkaitan pelbagai kelemahan sistem itu.

Julai lalu, Bestinet mengumumkan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Ahmad Shah dilantik sebagai pengarah syarikat, menggantikan Aminul yang meletakkan jawatan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS