Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Brenndon Keith Soh dilantik sebagai Peguam Besar Sabah
Diterbitkan:  Jul 2, 2024 6:58 PM
Dikemaskini: 10:58 AM

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Brenndon Keith Soh sebagai Peguam Besar Negeri Sabah menggantikan Datuk Nor Asiah Yusof.

Hajiji berkata pelantikan Brenndon berkuat kuasa serta-merta dan adalah bagi tempoh tiga tahun.

Brenndon Keith Soh

“Nor Asiah akan menyandang jawatan Brenndon sebelum ini sebagai Penasihat Undang-Undang kepada Ketua Menteri,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Sebelum ini, Brenndon pernah memegang jawatan sebagai Peguam Besar Negeri Sabah dari Julai hingga November 2020.

- Bernama 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS