Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Syed Saddiq tiba di Parlimen lepas larian maraton sejauh 200 km
Diterbitkan:  Jul 1, 2024 10:56 AM
Dikemaskini: 3:02 AM

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menamatkan maraton sejauh 200km di luar bangunan Parlimen sekitar jam 9.30 pagi tadi.

Inisiatif 'Langkah Muar' pada Jumaat lalu sebagai tanda protes terhadap kerajaan berikutan menafikan peruntukan bagi parlimen pembangkang.

Ketibaan Syed Saddiq disambut oleh penyokong Muda, dan ahli parlimen pembangkang.

Turut dilihat menyertai ahli parlimen Muar pada larian 5km terakhir ialah ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin, ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, dan beberapa pemimpin Bersatu yang lain.

Setakat pagi tadi, larian tiga hari itu, dia berjaya meraih sumbangan sebanyak RM160,000.

Menurut Syed Saddiq, ldia berharap larian ini dapat membuka mata semua pihak tidak kira kawasan parlimen, berhubung isu diskriminasi peruntukan ahli parlimen pembangkang yang masih berlarutan sehingga kini.

"Usaha kecil ini saya mulakan di Muar. Jangan guna lagi alasan rundingan itu, rundingan ini kerana rundingan sudah berlaku berkali-kali, bukan sekali dua bahkan sudah hantar surat tiga kali.

"Ini bukan soal rundingan tapi soal politik balas dendam sehingga menghukum rakyat susah di kawasan pembangkang. Perkara ini salah dan kena tentang bersama," katanya.

Daripada jumlah sumbangan yang diterima, Syed Saddiq berkata lebih 2,000 rakyat Malaysia menderma.

Menurut bekas menteri itu, dia bukan saja menerima sumbangan menerusi dalam talian tetapi bahkan ada yang sanggup berjumpanya secara bersemuka untuk menyerahkan wang tunai sewaktu sedang berlari.

"Bukan sekadar sumbang dalam talian kerana sambil saya berlari, ramai berhenti bagi RM20, RM50, RM100, bakkan ada yang beri RM1. Amat luar biasa sekali kerana mereka tak pernah jumpa saya secara fizikal.

"Ada juga tak pernah jejak kaki di Muar pun ada tapi saya lihat mereka in ada aspirasi yang sama, bukan sekadar (tertumpu) di Muar tapi Malaysia secara keseluruhannya.

"Apa adalah (demi) rakyat Malaysia (selaku) pembayar cukai tetap. Mereka kena dapat keadilan dan janganlah hukuman mereka kerana warna politik," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS