Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saya pun tak tahu dia kira macam mana - Anwar persoal logik PN

Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas pembangkang berhubung isu penjualan saham Malaysian Airport Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP).

Berucap pada majlis perjumpaan perdana menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini, Anwar berkata dia tidak memahami dakwaan pembangkang bahawa GIP akan mengambil alih lapangan terbang itu, sambil menyatakan bahawa Khazanah Nasional Berhad dan KWSP masih pemegang saham terbesar MAHB.

“Sebelum proses ini 41 peratus KWSP dan Khazanah dengan peralihan ini 70 peratus pegangan Khazanah dan KWSP. 

“Sesetengah pembangkang kata walaupun  30 peratus mereka akan ambil alih, saya pun tak tahu dia kira macam mana,” katanya.

Kontroversi saham MAHB tercetus pada 15 Mei lalu apabila Khazanah memaklumkan bahawa Abu Dhabi Investment Authority dan GIP, melalui GIP Aurea Pte Ltd, akan membentuk konsortium untuk memperoleh saham dalam pengendali lapangan terbang itu.

Keputusan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak selepas mendapati Blackrock, sebuah syarikat yang dianggap mempunyai hubungan dengan Israel, sedang membeli GIP.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS