Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kekurangan bahan api: Hospital di Gaza mungkin henti operasi

Hospital, pusat perubatan dan stesen oksigen di Semenanjung Gaza mungkin ditutup dalam masa 48 jam kerana kekurangan bahan api yang diperlukan untuk menghidupkan generator, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Ahad, lapor Sputnik.

"Kementerian Kesihatan sekali lagi memberi amaran bahawa hospital, pusat perubatan dan stesen oksigen yang masih beroperasi akan berhenti berfungsi dalam masa 48 jam kerana kehabisan bahan api yang diperlukan untuk menghidupkan generator," kata kementerian itu di Telegram.

Pegawai juga menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi kemanusiaan untuk campur tangan dengan segera bagi menyediakan bahan api dan generator.

- Bernama - Sputnik


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS