Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ramlan Harun dilantik pengerusi SPR baru
Diterbitkan:  Jun 26, 2024 10:01 AM
Dikemaskini: 2:26 AM

Bekas ketua setiausaha kementerian pembangunan luar bandar Ramlan Harun dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, berkata pelantikan Ramlan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

"Sukacita dimaklumkan bahawa selaras Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Datuk Seri Ramlan Harun sebagai Pengerusi SPR.

"Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 26 Jun 2024," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pelantikan Ramlan sebagai pengerusi SPR yang baru adalah bagi menggantikan Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lalu. Dia menerajui badan suruhanjaya berkenaan selama empat tahun bermula Ogos 2020.

Ramlan, 60, berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Tanah daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Perumahan dan Bangunan daripada Universiti Sains Malaysia (USM).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS