Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lima rumah musnah, 73 hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Lawas

Seramai 73 orang hilang tempat tinggal selepas lima buah rumah yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat, Jalan Kuala Lawas di Lawas, Sarawak lewat petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata sebaik sahaja menerima panggilan mengenai insiden itu pada 5.47 petang, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas telah dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 43 kilometer dari balai berkenaan.

Dia berkata turut dikerah ke lokasi kejadian ialah pasukan bantuan dari BBP Sipitang serta pasukan bomba sukarela dari Kampung Pemukat dan Kampung Punang.

“Lima buah rumah musnah 100 peratus menyebabkan 73 penghuni hilang tempat tinggal manakala seorang lelaki berusia 73 tahun melecur di bahagian tangan,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.09 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS