Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki 'tomoi isteri lepas kantoi' direman 4 hari
Diterbitkan:  Jun 21, 2024 4:12 PM
Dikemaskini: 8:12 AM

Seorang juruteknik yang didakwa memukul isterinya di sebuah hotel di Port Dickson sepertimana tular dalam sebuah video di media sosial, direman empat hari mulai hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani di Mahkamah Majistret Port Dickson selepas membenarkan permohonan polis.

Media melaporkan lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Mahkamah Syariah Bangi tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed dilapor berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada mangsa dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS