Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Soal enam kerusi Bersatu dirujuk kepada speaker, kata Anwar
Diterbitkan:  Jun 21, 2024 3:24 PM
Dikemaskini: 8:25 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul untuk memutuskan mengenai isu kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu yang telah terhenti keahlian mereka serta-merta.

“Soal enam kerusi (Ahli Parlimen) Bersatu itu dirujuk kepada Speaker Dewan Rakyat. Biar Speaker yang putuskan,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, di Petaling Jaya,  hari ini.

Semalam, Ketua Whip Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam kenyataan memaklumkan notis pemakluman kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu yang terhenti keahliannya secara serta-merta telah diserah dan diterima pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ia membabitkan kerusi Parlimen Jeli dan Gua Musang (Kelantan), Bukit Gantang dan Kuala Kangsar (Perak), Tanjong Karang (Selangor) dan Labuan (Wilayah Persekutuan).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS