Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki telah menghentikan saman fitnahnya terhadap seorang pemberi maklumat, Lalitha Kunaratnam.

Ekoran keputusan diambil Azam itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengosongkan tarikh perbicaraan kes berkenaan - yang sebelum ini ditetapkan pada 9 Julai.

Azam sebelum ini mengambil tindakan mahkamah ke atas individu terbabit selepas didakwa memiliki saham dalam dua syarikat senarai awam.

Peguam Azam dari firma guaman Zain Megat & Murad memfailkan notis pemberhentian tindakan tersebut pada 11 Jun lalu.

Pemfailan itu juga ditandatangani oleh peguam Lalitha dari firma Khairuddin, Ngiam & Tan.

Notis itu menyatakan bahawa tindakan saman fitnah berkenaan dihentikan tanpa kebebasan untuk pemfailan baru, serta tidak melibatkan sebarang perintah kos.

Selain itu notis berkenaan juga menyatakan bahawa plaintif menghentikan tindakan tersebut "atas dasar tiada prejudis dan tanpa pengakuan kedua-dua pihak."

[Laporan lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS