Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Agong salur nilai bidaan plat FFF 1 kepada kerajaan persekutuan
Diterbitkan:  Jun 20, 2024 10:47 AM
Dikemaskini: 2:47 AM

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyalurkan nilai bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas sebanyak RM1.75 juta kepada kerajaan Persekutuan.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda menzahirkan harapan agar nilai bidaan yang disalurkan kepada kerajaan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat.

“Nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta,” menurut catatan berkenaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS