Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Sebatang pokok tumbang di simpang masuk Jalan Bernama di Kuala Lumpur pada 9.15 malam ini.

Menurut saksi kejadian iaitu pengawal keselamatan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Zikri Rohaizad, dia terkejut mendengar bunyi dentuman kuat ketika bertugas di pos kawalannya.

“Bila dengar bunyi itu, saya terus bergegas memeriksa kawasan sekitar dan mendapati sebatang pokok tumbang dalam keadaan melintang serta menghalang laluan keluar masuk di Jalan Bernama.

“Terdapat beberapa kenderaan tersekat namun mujur tiada kenderaan yang dihempap pokok berkenaan,” katanya.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati keadaan cuaca baik dan tidak hujan.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam yang tiba pada 9.28 malam, mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memotong dan mengalihkan pokok tersebut bagi membolehkan kenderaan melalui jalan itu seperti biasa.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS