Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bayi baru lahir ditemukan di atas sejadah ruang solat masjid
Diterbitkan:  Jun 18, 2024 6:15 PM
Dikemaskini: 10:15 AM

Seorang bayi perempuan sempurna sifat dipercayai baru lahir ditinggalkan dalam ruangan solat wanita di Masjid Kampung Lubuk Kulit, Lipis, Pahang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Ismail Man berkata polis menerima laporan penemuan bayi yang masih bertali pusat dan diselimuti telekung serta diletakkan di atas sejadah itu pada kira-kira 5.30 pagi.

“Bayi tersebut kini berada di Hospital Kuala Lipis untuk siasatan dan rawatan lanjut. Ibu bapa bayi tersebut masih dikesan polis bagi mengetahui punca bayi tersebut ditinggalkan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata individu yang mempunyai maklumat berkaitan, boleh tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Lipis di talian 09-3121999.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS