Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saya tak begitu gembira dengan akta anti lompat parti, kata Azhar Harun
Diterbitkan:  Jun 17, 2024 3:36 PM
Dikemaskini: 7:36 AM

Bekas speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun mengakui bahawa dia tidak begitu gembira dengan cara undang-undang anti-lompat digubal pada 2022.

"Bukan saya tidak bersetuju dengannya tetapi ia lebih kepada bagaimana ia dilakukan. Saya adalah speaker ketika itu jadi saya tidak boleh mengatakannya ketika itu tetapi sekarang, saya boleh bercakap.

"Malah, saya bercakap dengan beberapa ahli parlimen mengenai perkara itu di belakang tabir, termasuk Wan Junaidi (Tuanku Jaafar), menteri undang-undang ketika itu, mengenai keraguan saya.

Gambar Hiasan Azhar Harun

"Ia kerana kita tidak mengambil kira dinamik ‘melompat’ dalam situasi itu dan terdapat pelbagai dinamik dalam dewan dan luar," katanya.

Azhar berkata demikian ketika temubual dalam program bual bicara bertajuk “Bersama Wan Saiful” semalam, yang dihoskan oleh Ahli Parlimen Bersatu Wan Saiful Wan Jan.

Pindaan kepada Perkara 49 Perlembagaan Persekutuan, atau lebih dikenali sebagai undang-undang anti-lompat parti, dilakukan pada 28 Julai 2022. Ia bertujuan untuk memperketatkan ahli Parlimen daripada bertukar parti.

Apabila undian blok dipanggil, 209 mengundi menyokong dan tiada yang menentang. Terdapat 11 ahli Parlimen yang tidak hadir.

Mengulas lanjut mengenai keraguannya, Azhar berkata dia telah menghadapi beberapa situasi menarik yang memerlukan pertimbangan sebelum menggubal undang-undang.

Mengimbas kembali insiden semasa Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri, Azhar berkata dia bertemu dengan delegasi ahli parlimen yang mengatakan mereka tidak menyokong perdana menteri tetapi menyokong kerajaan.

"Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan," katanya.

Azhar menambah terdapat juga situasi apabila ada ahli Parlimen yang menghadiri persidangan Dewan Rakyat tetapi hanya berdiam diri. Mereka enggan berbahas dan sekadar beredar apabila tidak berpuas hati dengan sesuatu isu - sebagai contohnya, katanya mengenai pembentangan belanjawan.

“Dan ada situasi apabila ada seorang ahli parlimen berkata dia tidak mahu duduk dengan ahli parlimen kerajaan lain... Saya juga berdepan dengan ini tetapi saya tidak akan menamakan sesiapa.

“Jadi, saya terpaksa mencari kerusi untuk ahli parlimen itu... yang bukan dengan kerajaan dan bukan juga dengan pembangkang.

“Secara keseluruhan, ini adalah dinamik yang kita hadapi tetapi persoalannya, bolehkah kita mentafsirkan tingkah laku mereka ini sebagai ‘melompat’?” soalnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS