Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Tafsiran kepimpinan parti terhadap perlembagaannya muktamad'
Diterbitkan:  Jun 17, 2024 12:12 PM
Dikemaskini: 7:48 AM

Tafsiran kepemimpinan parti terhadap pelembagaannya adalah muktamad dan tidak boleh dicabar oleh mahkamah, kata bekas Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.

Justeru, kata Azhar, speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul  juga tidak berhak mencampuri cara kepimpinan sesebuah parti daripada mentafsir perlembagaannya.

Dia berkata demikian ketika tampil sebagai tetamu dalam program “Bersama Wan Saiful” semalam di Youtube.

“Speaker tidak berhak (mentafsir) keputusan parti dan ia selaras dengan undang-undang semasa.

“Jika kita lihat kepada Akta Pertubuhan 1966, terdapat satu bahagian yang mengatakan tafsiran oleh kepimpinan sesebuah parti terhadap perlembagaannya adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan oleh mahkamah juga,” katanya.

Bekas speaker itu ditanya mengenai tentang kedudukan enam ahli parlimen Bersatu yang berpaling tadah dengan mengikrarkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

"Jika begitu kes tersebut dengan mahkamah, maka dengan segala hormatnya, ia sepatutnya sama untuk speaker juga," kata Azhar.

Pada 12 Jun lalu, Bersatu mengeluarkan notis terhenti kepada enam wakil rakyatnya yang berpaling tadah dengan menyokong kerajaan Madani yang memerintah.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata notis berkenaan diserahkan kepada wakil rakyat itu kerana melakukan ketidakpatuhan di bawah Fasal 10.4 Perlembagaan dan keahlian parti mereka ditamatkan berkuat kuasa serta-merta, 

Mereka adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar),dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Selain menjadi ahli Palimen Gua Musang, Azizi juga adalah Adun Nenggiri.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS