Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Agong: Saya sanjung keringat dan pengorbanan seorang ayah
Diterbitkan:  Jun 16, 2024 10:52 AM
Dikemaskini: 3:43 AM

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan penghargaan kepada insan bergelar bapa bersempena Hari Bapa yang disambut hari ini.

Sebagai bapa, Sultan Ibrahim bertitah baginda memahami tanggungjawab serta peranan penting seorang bapa serta pengorbanan mereka dalam mencari rezeki untuk keluarga.

“Kepada semua para bapa yang cekal mencari rezeki untuk keluarga, saya sanjungi keringat serta pengorbanan anda semua.

“Saya sebagai bapa turut memahami tanggungjawab serta peranan penting seorang bapa bagi membentuk kehidupan anak-anak.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga sentiasa merahmati Almarhum ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Paduka Sultan Seri Perak Sultan Idris Shah II,” titah Sultan Ibrahim di laman Facebook rasmi seri paduka baginda.

Hari Bapa disambut pada tarikh yang berbeza di pelbagai negara.

Di Malaysia, Hari Bapa disambut pada Ahad ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai jasa dan pengorbanan insan bergelar bapa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS