Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MCMC minta media sosial padam maklumat tidak sah berkaitan kes Zayn
Diterbitkan:  Jun 15, 2024 3:57 PM
Dikemaskini: 8:30 AM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meminta pengendali media sosial menurunkan kandungan yang didakwa sebagai maklumat bocor berkaitan siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Menurut suruhanjaya tersebut, tindakan itu boleh mengganggu perbicaraan kes yang sedang berlangsung.

"MCMC juga sudah mengemukakan permohonan kepada pengendali platform media sosial termasuk TikTok dan Telegram untuk penurunan kandungan terbabit.

"Penyebaran dakwaan maklumat siasatan kes tersebut merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu perbicaraan kes,” katanya dalam kenyataan.

Suruhanjaya itu turut mengingatkan tindakan berkongsi maklumat yang tidak disahkan atau palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mereka yang disabitkan esalahan di bawah seksyen ini boleh dihukum penjara sehingga satu tahun, denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya.

Pada Khamis lalu, ibu bapa Zayn didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengabaikan anak mereka yang berkemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya pada Disember tahun lalu.

Pada 6 Disember, mayat Zayn ditemui di sebuah sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman di Damansara Damai, Selangor, sehari selepas dia dilaporkan hilang.

Kanak-kanak tersebut dipercayai dibunuh kerana keputusan bedah siasat mendapati terdapat kecederaan pada leher dan badan mangsa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS