Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar, Muhyiddin tarik balik saman terhadap satu sama lain
Diterbitkan:  Jun 14, 2024 5:52 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin menghentikan saman fitnah mereka ke atas satu sama lain.

Dalam kenyataan bersama yang disiarkan di laman Facebook mereka hari ini, dua ahli politik veteran itu bersetuju untuk menghentikan tindakan sivil yang sebelum ini dikendalikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut presiden PKR dan presiden Bersatu itu, mereka setuju untuk menarik balik saman mereka selepas mengambil kira kesannya kepada umum, saranan yang diberi hakim mahkamah tinggi serta keadaan semasa negara yang perlu diberi keutamaan, terutama kelangsungan hidup rakyat.

Muhyiddin sebelum ini memfailkan saman terhadap Anwar berkaitan dakwaan dia tidak mengambil langkah untuk menghapuskan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.

Anwar pula menyaman Muhyiddin berhubung dakwaan dai menerima bayaran sebanyak RM15 juta atas peranannya sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Dalam kenyataan hari ini, Anwar dan Muhyiddin menyuarakan harapan agar semua pihak menghormati keputusan yang diambil.

"Kami setuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan terkait perkara ini.

"Kami berharap agar perkara ini tidak dijadikan bahan yang boleh mengganggu gugat kesejahteraan dan kestabilan awam serta keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman negara," kata mereka lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS