Perbicaraan melibatkan Yang Dipertua PAS Kangar, Yussaine Yahya, yang berlangsung hari ini ditangguhkan ke Jan dan Feb tahun depan.
Yussaine sebelum ini didakwa menganjurkan ceramah agama membabitkan seorang individu tiada tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis pada 30 Mac lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut antara jam 8.30 malam hingga 10.30 malam di Maahad Tahfiz al-Quran al-Imam an-Nawawi (Matin) di Kampung Abi Padang Machang, Kangar.
Yussaine yang merupakan mudir Matin mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di Mahkamah Rendah Syariah Kangar pada 14 Sept lalu.
Menurut laporan harakahdaily, perbicaraan hari ini bermula pada jam 10.30 pagi di hadapan hakim Yusof Abd Manaf.
Pendakwaan diketuai oleh Ketua Pendakwa Syarie, Siti Fatimah Ahmad Maulana, manakala Siti Hajar Ahmad, Nur Iman Nor Azmi, dan Nur Farhana Ideris bertindak sebagai peguam bela Yussaine.