Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mayat polis ditemui dalam tandas R&R Seremban
Diterbitkan:  Jun 14, 2024 1:31 PM
Dikemaskini: 5:31 AM

Seorang anggota polis ditemukan meninggal dunia di sebuah tandas hentian rehat dan rawat (R&R) lebuh raya dekat Seremban, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian berkenaan pada 5.45 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki berumur 25 tahun itu telah berkahwin, dan ditemukan mati di tiang besi atas penghadang di dalam tandas tersebut. Mangsa merupakan seorang anggota polis yang bertugas di kontinjen Kuala Lumpur.

“Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan membantu siasatan di tempat kejadian dan mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh mangsa,” katanya dalam kenyataan di Seremban hari ini.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat.

Abdul Malik turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis dan dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS