Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Proton mohon maaf silap label peta Sabah dan Sarawak
Diterbitkan:  Jun 13, 2024 12:51 PM
Dikemaskini: 4:51 AM

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memohon maaf atas kesilapan pada label Sabah dan Sarawak dalam satu lakaran peta Malaysia.

Syarikat pengeluaran kereta nasional itu berkata pihaknya amat menyesali kesilapan tersebut.

“Kami amat menyesali kesilapan yang mungkin menimbulkan perasaan sensitif di kalangan rakyat Malaysia.

“Proton menjunjung tinggi perpaduan dan kepelbagaian Malaysia dan kami komited untuk menghormati dan meraikan semua negeri secara sama-rata.

“Kami memohon maaf atas sebarang salah faham yang berlaku dan menghargai sebarang maklum balas daripada orang ramai,” kata Proton dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu gambar lakaran peta Malaysia yang memaparkan kesilapan label itu tular di media social.

Menurut laporan, peta Malaysia itu dipaparkan di skrin ketika pelancaran jenama kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia, e.MAS di bawah Proton.

Proton berkata pihaknya akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

“Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda yang berterusan,” kata syarikat itu lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS