Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Proton rancang lancar lima model EV di bawah jenama e.MAS

Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) merancang untuk melancarkan lima model kenderaan elektrik (EV) menggunakan platform Global Modular Architecture (GMA) di bawah jenama EV yang baru dilancarkan, Proton e.MAS.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah berkata model EV pertama di bawah jenama baharu itu dijangka dilancarkan menjelang tahun 2025.

“Proton belum memutuskan garis masa (menetapkan tarikh) tetapi model pertama akan dilancarkan tidak lama lagi, ia mungkin awal 2025 atau lebih awal.

“Kami mahu memastikan penerimaan Proton EV di pasaran… dari segi volum dan model, kami akan memutuskan (untuk melancarkan lebih banyak EV) berdasarkan permintaan dan penerimaan orang ramai terhadap Proton EV,” kata Roslan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan nama dan logo jenama EV baharu Proton, e.MAS di Pusat Kecemerlangan Proton di Subang Jaya hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS