Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bersatu hantar notis terhenti serta merta kepada 6 wakil rakyat sokong Anwar
Diterbitkan:  Jun 12, 2024 4:50 PM
Dikemaskini: 1:01 PM

Bersatu telah menyerahkan notis keahlian terhenti secara serta-merta kepada enam wakil rakyat yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin berkata, notis berkenaan diserahkan kepada wakil rakyat itu kerana melakukan ketidakpatuhan di bawah Fasal 10.4 Perlembagaan 

Katanya, notis itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang bermesyuarat pada 7 Jun lalu dan ia telah dimaklumkan kepada 

Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang bermesyuarat malam semalam.

"Notis terhenti secara serta-merta telah diserahkan kepada enam orang wakil rakyat yang melakukan ketidakpatuhan di bawah Fasal 10.4 Perlembagaan Bersatu pada hari ini.

"Bagi kes (Ahli Parlimen Labuan) Suhaili Abdul Rahman pula, keahlian beliau telah terhenti serta-merta menurut Fasal 10.2.6 Perlembagaan Bersatu. Notis terhenti secara serta-merta keahlian telah dihantar kepada beliau lebih awal iaitu pada 17 Mei 2024.

"Kesemua proses ini telah dilakukan dengan menepati lunas Perlembagaan parti dan perundangan negara sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan dan/atau di bawah undang-undang kerajaan negeri yang berkenaan," kata Hamzah dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 17 Mei lalu, Hamzah memaklumkan Bersatu sudah menghantar surat kepada semua ahli Parlimen dan Adunnya untuk menyatakan sokongan kepada parti.

Sekiranya mereka gagal membalas surat yang diberikan itu dalam tempoh 14 hari, keahlian individu itu dalam Bersatu akan terhenti serta-merta dan status sebagai wakil rakyat akan tergugur.

Selain Suhaili, mereka yang lain itu adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Mereka mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Adun Bersatu pula mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor Amiruddin Shaari ialah Abdul Rashid Asari (Selat Klang).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS